BANTUAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH AGENSI-AGENSI KERAJAAN UNTUK USAHAWAN INDUSTRI KOTEJ

PEMBIAYAAN TEKUN

Kelayakan Asas

Semua individu yang memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon:

  • Bumiputera berumur 18-60 tahun.
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
  • Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan.
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00.
  • Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Satu pembiayaan untuk satu isi rumah .

Nilai Pembiayaan
Nilai pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM500.00 hingga RM30,000.00.

Skim Pembiayaan TEKUN
Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Cara Memohon
Hubungi Pegawai TEKUN Kawasan yang terdekat untuk mendapatkan maklumat dan Borang Permohonan (YTN-1) Kemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan kepada Pegawai TEKUN Kawasan bersama-sama dengan dokumen berikut :

  1. Gambar Pemohon (2 keping).
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (dan suami/isteri).
  3. Salinan lesen/permit/pendaftaran Perniagaan.
  4. Gambar premis/tempat perniagaan (3 keping).
  5. Salinan buku simpanan/penyata bank.
  6. Sebut harga cadangan pembelian perkakas/peralatan/ubahsuai (sekiranya pembiayaan digunakan untuk pembelian aset).
  7. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon) bagi premis perniagaan/rumah.
  8. Salinan perjanjian sewa premis (sekiranya premis di sewa).

Sila hubungi Pejabat TEKUN Kawasan sekiranya tiada maklumbalas selepas 14 hari dari tarikh penyerahan permohonan.Untuk Informasi lanjut sila layari website TEKUN di http://www.tekun.gov.my Tel : 082-417354


AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Objektif

Mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pembiayaan modal kecil-kecilan kepada isi rumah miskin untuk menjalankan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan.

Tabung Kumpulan

Tabung Kumpulan diwujudkan untuk memupuk sikap menabung di kalangan ahli. Setiap ahli diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM 1 hingga RM 15. Sumber lain tabung ini ialah sumbangan 1 % daripada pembiayaan ahli. Dana tabung kumpulan ini boleh digunakan oleh ahli pada waktu kesesakan dan kecemasan.

Keterangan Lanjut:

IIbu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia,
No. 2 & 4, Jalan Medan Setia 2,
Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur,
Tel : 03 — 20940797/082-671723
Faks : 03 — 20951889
E-mail : ikhtiar@aim.gov.my

Laman Web : http://www.aim.gov.my


JABATAN PERTANIAN SARAWAK (WEDA)

PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI WANITA

Objektif Umum Program
Untuk meningkatkan pendapatan dan menambah baik kedudukan ekonomi wanita luar bandar dan pinggir Bandar.

Cara Memohon:
Permohonan projek-projek boleh dibuat di setiap Pejabat Pertanian Daerah dengan menggunakan borang:

WED/CIP 1 — Projek Industri Kotej
WED/SS 1 — Projek Industri Kecil
WED/FID 1 — Projek Mempelbagai / Pendapatan Keluarga

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

IIbu Pejabat,
Jabatan Pertanian Sarawak,
Tingkat 13, Menara Pelita, Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-441000 Faks: 082-443017
www.doa.sarawak.gov.my


KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

Kemudahan pembiayaan perniagaan MARA adalah untuk membantu usahawan Bumiputera baru dan sedia ada dengan tujuan untuk:

  • Membeli mesin / peralatan.
  • Ubahsuai premis perniagaan.
  • Membeli stok / bahan mentah.
  • Belanja Mengurus.

HAD MAKSIMUM PEMBIAYAAN

Pembiayaan Am RM 250,000.00
Pembiayaan Usahawan Teknikal
RM 50,000.00 (PUTEK)

KETERANGAN LANJUT

Bahagian Pembiayaan Perniagaan,
Pejabat MARA Negeri Sarawak
129, Jalan Satok 93400 Kuching, Sarawak
Tel : 082-245121
Faks : 082-255014

Laman web : www.mara.gov.my
 


PERBADANAN PEMBANGUNAN EKONOMI SARAWAK (SEDC)

Menawarkan kemudahan-kemudahan seperti berikut:

PEMBANGUNAN RAKYAT KHAS (PPRK)

Objektif

Membantu kerajaan dalam usaha untuk membasmikan kemiskinan melalui program pembangunan usahawan kecil Bumiputera.

  • Kemudahan Pinjaman
  • Pembelian mesin atau peralatan perniagaan.
  • Modal pusingan.
  • Untuk memperbaiki dan meningkat kualiti dan imej perniagaan.

Had Pinjaman

  • Minima RM1,000.00
  • Maksimum RM5,000.00

Syarat-syarat Permohonan

  • Bumiputera berpendapatan di bawah RM800.00 sebulan dan berumur tidak melebihI 50 tahun.
  • Mempunyai pengalaman dan sedang menjalankan perusahaan / perniagaan walaupun secara kecilan.
  • Perniagaan hendaklah berpotensi untuk berkembang dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.
  • Mempunyai lesen dan tapak perniagaan.
  • Pernah mengikuti mana-mana Kursus Asas Keusahawanan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang PPRK yang boleh diperolehi dari Ibu Pejabat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak atau dari Pejabat-pejabat Wilayah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak yang berhampiran.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Usahawan,
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak,
Tingkat 8, Menara SEDC
Bangunan Sarawak Plaza
Jalan Tunku Abdul Rahman
Peti Surat 400
93902 KUCHING. Tel: 082-416777 Faks : 082-424330



Top

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:Raduan Haji Bojet
Unit Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti
Jabatan Ketua Menteri
Tingkat 12, Wisma Bapa Malaysia,
Petra Jaya, 93502 Kuching,
Sarawak, Malaysia,
Tel: 6082 492422
Fax: 6082 313650
Email: reduanb@sarawaknet.gov.my