Industri Kotej Negeri Sarawak

Pangkalan Data Sumber Manusia
Sistem Maklumat Usahawan Industri Kotej Bumiputera


"Latar Belakang Industri Kotej Sarawak"

Industri Kotej merupakan sebutan bagi kumpulan perusahaan kecil-kecilan yang diusahakan di rumah kediaman, biasanya di peringkat kampung atau di desa. Walau demikian perusahaan tersebut boleh berkembang kepada industri kecil yang diusahakan di premis berasingan di tapak berdekatan rumah kediaman di peringkat kampung atau desa.

Jenis perusahaan yang dijalankan merangkumi hasil anyaman, tenunan, jahitan, sulaman, kuih/makanan asli, hasil diproses berasaskan tanaman, ternakan dan perikanan, hasil pertukangan besi atau kayu dan seumpamanya. Perusahaan ini biasanya dijalankan dengan tenaga keluarga. Pekerja peringkat kampung biasanya diambil oleh pengusaha diambil oleh pengusaha untuk memenuhi permintaan produk yang meningkat, contohnya di musim perayaan.

Pada hakikatnya, industri kotej telah wujud di Sarawak turun temurun dengan menggunakan bahan mentah dan sumber asli setempat. Ada di antara produk-produk tersebut dihasilkan menggunakan kaedah bioteknologi contohnya ragi, tapai (tuak), pekasam, ’rusip’, minyak kelapa murni. Contoh-contoh lain warisan industri kotej termasuklah :

  • Makanan asas mulong seperti tebaloi, sagu, lemantak.
  • Makanan asas apong seperti gula apong dan garam apong.
  • Makanan asas beras seperti kertop, emping dan bumbu bubur pedas.
  • Makan asas hasil laut seperti pekasam, cincaluk, sesar unjur, salai ikan.
  • Hasil tenunan dan sulaman seperti pua, songket, keringkam.
  • Hasil kraftangan seperti bakul, tikar, terendak, topik etnik, manik.

Usaha menggalakkan pembangunan industri kotej Sarawak telah bermula semenjak tahun 1990an oleh agensi seperti Jabatan Pertanian, Perbadanan Kraftangan, LKIM, KEMAS dan agensi-agensi lain. Walaupun demikian, masih banyak usaha perlu dibuat untuk membawa pembangunan industri kotej Sarawak ke satu tahap yang membanggakan.

Contohnya kita tidak mempunyai data dan maklumat yang lengkap dari segi bilangan, saiz, pengeluaran, nilai hasil dan taburan industri tersebut. Selain itu, kita perlu mengatur dan menyusun sumber-sumber pembangunan antara agensi untuk memantapkan pembangunan industri kotej Sarawak supaya mampu bersaing dengan produk-produk industri kotej dari luar yang kian meningkat bilangannya.

Langkah berani Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak untuk menerajui pembangunan industri kotej baru-baru ini merupakan satu langkah ke hadapan yang boleh menjamin masa depan industri itu.

PRODUK – PRODUK SARAWAK BEST

1 Tebaloi Hjh Maskinah bt Hj Spawi, Kpg Tutus, Mukah
2 Sagu Medong Masinah bt. Paris, Kpg Medong, Dalat
3 Kuih Cincin Norhayati Eden, Kpg Stapok, Kuching
4 Bumbu Bubur Pedas Hindon Jeriah bt. Hj Embu, Sri Jaya Park, Sri Aman
5 Sagon Mesliya bt. Jeman, Kpg Tg Bundong, Samarahan
6 Keropok Ikan Hjh Asmah Mohd, Kpg Stunggang Melayu, Lundu
7 Keropok Sotong Hjh Asmah Mohd, Kpg Stunggang Melayu, Lundu
8 Keropok Udang Hjh Asmah Mohd, Kpg Stunggang Melayu, Lundu
9 Keropok Ubi Beranyam Tima bt. Suntong, Kpg Seketi, Lundu
10 Keropok Keping PNK Sri Muara, Kuching
11 Keropok Lekor PNK Sri Muara, Kuching
12 Salai Jan Kunita, PNK Kabong, Bhg Betong
13 Salai Lumek Kunita, PNK Kabong, Bhg Betong
14 Ikan Masin Gonjeng PNK Kabong, Bhg Betong
15 Ikan Masin Empirang Kunita, PNK Kabong, Bhg Betong
16 Sesar Unjur Kunita, PNK Belawai, Bhg Betong
17 Keropok Keping Udang Lizawati Abdullah, Kpg Sileng Melayu, Lundu
18 Keropok Keping Sotong Lizawati Abdullah, Kpg Sileng Melayu, Lundu
19 Keropok Ikan Lizawati Abdullah, Kpg Sileng Melayu, Lundu
20 Lumek Kering Ani bt. Abong, Kpg Hulu Tebelu, Bhg Samarahan
21 Kek Lapis ‘Mariam’ Mariam Cakes, 5 KLTD, Jln Satok, Kuching
22 Kek Lapis ‘Madie’ Madie Food Industry (M) Sdn Bhd, Demal Laut
23 Roti Canai Segera Zaida Enterprise, Kpg Segedup, Kuching
24 Produk Seramik Au Borneo Porcelain, Jln Satok, Kuching
25 Gubahan Bunga Sonis Roses Florist Gifts, Jln Satok, Kuching
26 Manik Ceramik Margeret Ating, Kpg Long Tuma, Lawas
27 Pua Kumbu Sema anak Omar, 24 Blok 7, Tmn Selirik, Kapit
28 Kraf Anyaman Rumbia Diana Rose, Kpg Tellian Tengah, Mukah
29 Tray Kulit Kayu Senia Jugi, Lot 3057 Jln Stadium, Kuching
30 Anyaman Bemban Manoi Jarau, Kpg Entayan Keropok, Serian
31 Ukiran Kayu Tebare Apek, Lot 3057 Jln Stadium, Kuching
32 Pasu Seramik/Tajau Florence Sujang, Lot 3057 Jln Stadium, Kuching
33 Terendak Lun Bawang Senia Jugi, Lot 3057 Jln Stadium, Kuching
34 Terendak Melanau Diana Rose, Kpg Tellian Tengah, Mukah

Syarat produk Sarawak Best

Syarat-syarat untuk menjadi usahawan Sarawak Best, produk usahawan tersebut mestilah mengikuti syarat-syarat berikut :

  • Unik, asli (homemade) dan beridentitikan Negeri Sarawak.
  • Produk yang berpotensi dan berdaya saing.
  • mematuhi perundangan dan peraturan kualiti dan keselamatan makanan (Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan makanan 1985).
  • Pengeluar berupaya untuk mengeluarkan produk secara konsisten dan memenuhi permintaan (Keupayaan pemgeluaran).
  • mempunyai sijil halal.
  • Kurang saingan dari pengeluar lain.
.
Jenis / Industri / Produk
  • Snek / Makanan Ringan - Keropok
  • Kuih
  • Hasil Laut
  • Rumbia
  • Perencah
  • Kraftangan

Untuk mendaftar sebagai usahawan industri kotej serta mendapatkan maklumat tentang kemudahan latihan, pembiayaan dan pemasaran, sila hubungi agensi-agensi di bawah :

Jabatan Ketua Menteri (HRDQ) - www.infobooth.sarawak.gov.my

...SEDC - www.sedc.com.my

...MARA - www.mara.gov.my

...LKIM - www.lkim.gov.my

...FAMA - www.famaxchange.org

...MARDI - www.mardi.my

...TEKUN - www.tekun.gov.my

...Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia - www.kraftangan.gov.my

...Jabatan Pertanian Negeri Sarawak - www.doa.sarawak.gov.my

Top