Pelancaran Jenama "Sarawak Best"

CM Picture 1 CM Picture 2
YAB Menunjukkan isyarat bagus kepada logo "Sarawak Best". YAB Pehin Sri Abd. Taib mahmud memberitahu sesuatu kepada YB. Datin Hjh Fatimah tentang produk kotej dari Mukah semasa majlis pelancaran Jenama Sarawak Best pada 8 September 2006

"Sarawak Best" yang dilancarkan pada 8 September 2006 adalah bertujuan untuk menjadi satu penjenamaan untuk produk-produk industri kotej di Sarawak. Dengan pelancaran penjenamaan tersebut, adalah diharapkan bahawa produk industri kotej akan dapat meningkatkan imej yang berkualiti serta mempunyai potensi untuk dipasarkan secara besar-besaran. Buat masa ini, terdapat 34 produk dibawah penjenamaan

"Sarawak Best" yang termasuk makanan kering, kraftangan dan barangan seramik.

Produk-produk "Sarawak Best" merupakan produk yang mempunyai identiti keunikan negeri Sarawak.

Pangkalan Data Industri Kotej

Pangkalan Data Industri Kotej Sarawak adalah sebuah pangkalan data yang boleh diakses secara online menggunakan alamat www.infobooth.sarawak.gov.my Pangkalan data ini mengandungi maklumat pengusaha kotej yang berdaftar dengan pelbagai agensi seperti MARA Sarawak, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Sarawak (LKIM), Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Majlis Kraf Sarawak (SCC), MARDI Sarawak, dan Seksyen Pembangunan Usahawan, Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ), Jabatan Ketua Menteri.

CM Picture 3
YAB Pehin Sri Abd. Taib mahmud menyempurnak majlis pelancaran Jenama Sarawak Best pada 8 September 2006

Maklumat pengusaha kotej yang terdapat di dalam pangkalan data ini boleh diakses sama ada mengikuti jenis produk dan perkhidmatan, daerah, industri, agensi pembimbing atau penjenamaan "Sarawak Best".

Selain itu pangkalan data ini juga turut memuatkan maklumat berhubung beberapa perkhidmatan seperti latihan, kemudahan pembiayaan dan pemasaran yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta khusus untuk pengusaha kotej.

Sistem pangkalan data ini juga membenarkan pengusaha kotej yang tidak atau belum lagi mendaftar dengan mana-mana agensi untuk mendaftar diri sama ada secara terus atau melalui agensi yang disenaraikan di atas.

Persatuan Industri Kotej (PINK)

Persatuan Industri Kotej Sarawak atau nama singkatanya PINK telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2006. Penubuhan PINK adalah untuk menyahut seruan dan matlamat Kerajaan Negeri Sarawak untuk menggerak dan membangunkan industri kotej di Sarawak. Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) merupakan agensi kerajaan yang bertindak sebagai urusetia bagi PINK. Secara ringkasnya, objektif penubuhan PINK adalah untuk mengumpul dan menggembleng semua pengusaha kotej di seluruh Sarawak serta mempertingkatkan kepentingan dan faedah pengusaha di Sarawak dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan. Dengan adanya PINK, Industri Kotej Sarawak dapat digiatkan secara sistematik dan menyeluruh.



Top