|
UPM Bintulu - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Latar belakang
Sejarah penubuhan UPM Kampus Bintulu bermula di Semenggok pada tahun 1974. Mulai Julai 1987, kampus cawangan ini telah berpindah ke kampus tetap , Bintulu. Setelah beroperasi selama hampir 18 tahun, kampus ini telah ditutup pada tahun 1992 dan dibuka semula pada Oktober 2001. Pembukaan semula UPM Kampus Bintulu dan penubuhan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan yang berkonsepkan Fakulti Kampus adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan tinggi dalam bidang pertanian, perhutanan, perikanan, alam sekitar, makanan serta bidang-bidang lain yang berkaitan agrobio.
Program Pengajian
- Diploma Pertanian
- Diploma Perhutanan
- Diploma Perikanan
- Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
- Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
- Bacelor Sains Bioindustri
Syarat-Syarat Kemasukan
Program
|
|
Syarat Am Universiti
|
|
Keperluan Khas Program
|
Diploma
|
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk :
- Bahasa Melayu dan
- Matematik
- Lulus Bahasa Inggeris
|
Sekurang-kurangnya mendapat DUA (2) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Sains Pertanian
- Sains Tambahan
- Sains
- Matematik Tambahan
- Subjek Sains dan Teknikal berkaitan
|
Bacelor Sains Bioindustri
|
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk :
- Bahasa Melayu dan
- Matematik
- Lulus Bahasa Inggeris
|
Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM bagi matapelajaran Biologi atau Kimia
Atau
Lulus Matrikulasi Sains Hayat dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam matapelajaran Biologi dan Kimia
Atau
Mempunyai Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM
|
Kos Pengajian
Program
|
|
Kos
|
Semua Program Diploma (6 semester)
|
Semester 1 :
RM 1,275.00/semester
Semester 2-6 :
RM 830.00/semester
|
Bacelor Sains Bioindustri (8 semester)
|
Semester 1 :
RM 1,736.50/semester
Semester 2-8 :
RM 1,286.50/semester
|
Sesi Pengambilan
Permohonan kemasukan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sesi pengambilan dibuat pada semester pertama setiap sesi pengajian (sekitar bulan Jun/Julai) tertakluk kepada pindaan kalendar akademik universiti.
Halaman Web
Web: http://www.btu.upm.edu.my
| Top |
|
|