IKM - Institut Kemahiran MARA Kuching Sarawak

Profail Institut

Institut Kemahiran MARA Kuching adalah merupakan sebuah institusi latihan kemahiran di bawah agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Objektif penubuhan institut ini adalah untuk menambah bilangan guna tenaga mahir bumiputera dalam pelbagai bidang dan tahap kemahiran untuk sektor perdagangan dan perindustrian di samping mewujudkan sumber bakal-bakal usahawan yang berorientasikan kemahiran teknikal. Mula beroperasi pada tahun 1983 denagan empat jenis kursus ditawarkan pada ketika itu. Sejajar denagn misi institut untuk menjadi sebuah Institut Kemahiran Teknikal yang bertaraf antarabangsa, pertambahan bidang kemahiran telah ditambah dari tahun ke setahun. Pada masa ini Institut Kemahiran MARA Kuchign mempunyai 10 bidang kemahiran yang ditawarkan kepada lepasan SPM dan Giat MARA. Sehingga Disember 2004, Institut Kemahiran MARA Kuching telah mengeluarkan seramai 8191 graduan daripada pelbagai bidang kemahiran. Kini, setelah hampir 22 tahun beroperasi, IKM Kuching telah melangkah setapak lagi bagi melengkapkan prasarana sediada dengan mendirikan Blok Intergrasi yang bernilai 7 juta bagi kemudahan pelajar-pelajar. Blok ini akan menepatkan dewan kuliah, Pusat Sumber, Makmal ICT dan Pusat Pentadbiran.

Program / Kursus yang Ditawarakan

Kod
Program/Kursus
A02
Teknologi Kejuruteraan Automobil
A06
Teknologi Kejuruteraan Marin
A11
Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan
B01
Teknologi Kerja Paip
B03
Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Dosmetik & Industri)
C02
Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
D01
Teknologi Kimpalan & Fabrikasi
G06
Teknologi Rekabentuk & Pengeluaran Perabot
I05
Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Chargeman) Usahama MARA & SESCO

Fasiliti dan Perkhidmatan

1. Fasiliti Akademik

  • Bengkel Latihan Amali denagn kelengkapan peralatan / mesin latihan terkini
  • Makmal Komputer Aplikasi
  • Makmal Komputer CAD
  • Bilik Kuliah denagan kelengkapan AVA
  • Perpustakaan
  • Bilik Multimedia
  • Asrama Lelaki & Perempuan
  • Dewan Makan
  • Elaun Sara Hidup RM210 sebulan
  • Insuran Berkelompok

2. Fasiliti Rekreasi

  • Padang Bolasepak, Gelanggang Takraw, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Indoor Games dan Gymnisium
  • Kafeteria
  • Kedai & Kantin
  • Dewan Serbaguna
  • Cybercafe
  • Surau
  • Pengangkutan Bas & Van

3. Tempoh Latihan

Kod
Program/Kursus
A02
18 Bulan (3 semester)
A06
18 Bulan (3 semester)
A11
18 Bulan (3 semester)
B01
18 Bulan (3 semester)
B03
18 Bulan (3 semester)
G06
18 Bulan (3 semester)
I05
18 Bulan (3 semester)
C02
24 Bulan (4 semester)
D01
24 Bulan (4 semester)
I05
(Chargeman A1)
12 Bulan (2 semester)

4. Kelayakan Masuk Minima

Kod
Program/Kursus
A02
SPM / SPMV & lulus subjek Bahasa Melayu & Matematik
A06
SPM / SPMV & lulus subjek Bahasa Melayu, Matematik atau Fizik atau Sains
A11
SPM / SPMV & lulus subjek Bahasa Melayu
B01
SPM / SPMV & lulus subjek Bahasa Melayu
B03
Tamat Tingkatan Lima
G06
SPM / SPMV & lulus subjek Bahasa Melayu
I05
Tamat Tingkatan Lima
C02
SPM / SPMV & lulus subjek Bahasa Melayu & Matematik
D01
SPM / SPMV & lulus subjek Bahasa Melayu & Matematik
I05
(Chargeman A1)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik IKM Kuching Sahaja

5. Permohonan

Sesi Pengambilan Pelajar: Januari dan Jun Iklan tawaran akan disiarkan melalui suratkhabar utama tempatan.

Borang Permohonan boleh diperolehi daripada Institut Kemahiran MARA Kuching, Pejabat MARA Daerah / Negeri.

6. Bayaran Pendaftaran

RM500 - RM600 (Bayaran berdasarkan kursus yang dipohon)

Untuk Maklumat Lebih Lanjut
Institut Kemahiran MARA Kuching
Jalan Kemahiran Off Jalan Sultan Tengah
Peti Surat 3271, 93764 Kuching,
SARAWAK
Tel: 082 - 441 149 Fax: 082 - 444 135
E-mail:
ikmk@tm.net.my
Web: http://www.ikm.edu.my/kuching

| Top |



Jabatan Ketua Menteri
(Unit Pembangunan Sumber Manusia), Tingkat 12, Wisma
Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak



082 - 441 957
082 - 449 079
082 - 447 298



082 - 313 650