Latar belakang
Seksyen Pembangunan Usahawan dan projek Khas ini bermula sejak penubuhan Seksyen Perancangan dan Penyelidikan hasil pengstrukturan Unit Pembangunan Sumber Manusia yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 23 September 1998. Semenjak itu seksyen ini telah ditukar nama seksyen sebanyak 2 kali. Pada tahun 2001, seksyen ini telah dikenali sebagai Seksyen Pembangunan Usahawan dan pada tahun 2003 pula dikenali sebagai Seksyen pembangunan Usahawan Dan Projek Khas.

Seksyen pembangunan Usahawan Dan projek Khas merangkumi empat sub-seksyen atau bahagian yang utama,terdiri daripada latihan Keusahawanan,Pembangunan Latihan Pemimpin masyarakat,Pengalakkan Sains Dan Teknologi dan ICT,Program Bimbingan Dan Khidmat Kaunseling Keusahawanan,BIMP-EAGA serta RMK8.


Visi Seksyen
Bagi merealisasikan objektif penubuhannya, seksyen Pembangunan Usahawan Dan Projek Khas telah menetapkan visi iaitu sebagai “Peneraju Pembangunan Usahawan, Pemimpin Masyarakat,Pengalakkan Sains dan Teknologi Maklumat”


Misi Seksyen
Selaras dengan visi seksyen yang dinyatakan di atas dan bagi mencapai hasrat tersebut,seksyen telah mengariskan beberapa pengertian misi.Pengertian misi ini juga mengambarkan aktiviti yang dilaksanakan di bawah tanggungjawab seksyen iaitu:-
  • Membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera;
  • Mewujudkan masyarakat berpengetahuan sains dan teknologi maklumat;
  • Membangunkan pemimpin masyarakat yang berpengetahuan dan berkualiti;
  • Dan membangunkan belia yang berketrampilan;

Fungsi Dan Peranan Utama Seksyen
Fungsi dan peranan utama seksyen Pembangunan Usahawan Dan Projek Khas ditubuhkan adalah untuk:-

  • Menyediakan khidmat latihan dan kaunseling kepada Usahawan Bumiputera agar hasrat untuk melahirkan Usahawan Bumiputera yang berdaya saing dan berdaya tahan akan tercapai;

  • Mengalakkan dan mempromosikan Sains dan Teknologi Maklumat kepada masyarakat di Negeri selaras dengan hasrat kerajaan agar masyarakat berpengetahuan dan tidak ketinggalan;

  • Menyediakan Khidmat latihan Kepimpinan kepada golongan ketua masyarakat, belia serta pelajar; dan

  • Menerapkan khidmat kesukarelaan di dalam modul khidmat komuniti, salah satu modul yang terdapat dalam khidmat negara,agar semangat kesukarelaan dapat disemai.

Objektif
Selaras dengan misi seksyen , beberapa objektif telah dirangka dan ini termasuklah:-

Program Pembangunan Usahawan

  1. Melahirkan usahawan bumiputera yang berpengetahuan dan berkemahiran.Ini dilaksanakan dengan :-
  • Merancang,merangka,mengubal dan memantapkan dasar,halatuju dan strategi pembangunan usahawan;

  • Mewujudkan satu masyarakat usahawan bumiputera tulen yang berjaya dan memiliki nilai-nilai positif serta etika kerja yang tinggi dan mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa;

  • Membangun golongan usahawan bumiputera kelas menengah dan kelas atasan yang berjaya; dan

  • Mewujudkan suasana kerjasama dalam bidang pembangunan sumber manusia dan pergerakan orang.



Jabatan Ketua Menteri
(Unit Pembangunan Sumber Manusia), Tingkat 12, Wisma
Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak



082 - 441 957
082 - 449 079
082 - 447 298



082 - 313 650