Konvensyen Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak adalah satu pendekatan untuk menghimpunkan semua guru-guru prasekolah daripada agensi pengendali utama Kerajaan termasuk pihak Swasta. Ini diharap akan dapat memberi pengetahuan dan perkongsian pengalaman di kalangan guru-guru prasekolah.

Konvensyen Pendidikan Prasekolah yang julung kali diadakan ini dipengerusi oleh YB Datin Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) dan Menteri Muda Pertanian (Ekonomi Rumahtangga dan Latihan) dan telah diadakan pada 22 hingga 24 Ogos 2006 yang lalu di Hotel Crown Plaza, Kuching. Ia melibatkan penyertaan seramai 300 peserta terdiri daripada guru-guru prasekolah.

Konvensyen Pendidikan Prasekolah merupakan program yang julung kali diadakan. Tema Konvensyen ini adalah "Kearah Pembelajaran Yang Menyeronokan" atau ‘Children Towards Fun Learning’.

Diantara objektif-objektif khusus konvensyen ialah :

  • Meningkatkan kesedaran dikalangan guru-guru prasekolah tentang peri pentingnya " Pembelajaran Yang menyeronokan" dalam pembangunan dan pendidikan kanak-kanak.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru-guru prasekolah dalam perancangan dan pelaksanaan pembelajaran menyeronokan.
  • Membentuk kerjasama di antara guru, ibubapa dan pelajar dalam usaha menggalak pembelajaran menyeronokan secara efektif.
  • Menggalakkan perkongsian idea, pengalaman dan cabaran bagi semua institusi pendidikan prasekolah dalam "Pembelajaran Menyeronokan".

Pendidikan prasekolah bukan sahaja memberi kesediaan untuk pelajar menghadapi pendidikan formal tetapi ia juga bertujuan untuk memupuk semangat ingin tahu supaya mereka mempunyai pengalaman, pengetahuan dan ilmu bagi pembentukan sahsiah dan kreativiti kanak-kanak.

Sebagai langkah menerapkan ilmu yang berkesan kepada kanak-kanak, pendekatan "Pembelajaran Menyeronokan" perlu digunakan oleh guru-guru semasa mengajar. Justeru, Konvensyen Pendidikan Prasekolah cuba merealisasikan perkara seperti yang telah dimaklumkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 April 2006 tahun lalu.

Konvensyen seperti ini akan terus diadakan di Sarawak bagi membangunkan pendidikan prasekolah yang bukan sahaja untuk memberi kesediaan pelajar menghadapi pendidikan formal tetapi juga bertujuan untuk memupuk semangat ingin tahu supaya guru-guru prasekolah mempunyai pengalaman, pengetahuan dan ilmu dalam pembentukan sahsiah dan kreativiti kanak-kanak.

Sesungguhnya konvensyen yang sangat bernilai ini patut disertai oleh guru-guru yang terlibat langsung dengan prasekolah. Orang ramai juga turut dijemput untuk mengunjungi Pameran Sains dan Matematik di Tingkat 3, Ruang Legar, Sarawak Chamber bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada 18-19 Ogos 2008.


Unit Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti
Jabatan Ketua Menteri
Tingkat 12, Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak, Malaysia



6082 - 492 452
6082 - 492 456



6082 - 313 650