Program Hari Peluang Latihan dan Pendidikan (HPLP) diadakan semenjak tahun 2005 dan diwujudkan oleh Sekretariat Tetap, Majlis Pembangunan Sumber Manusia Lepasan Sekolah melalui Majlis Pembangunan Sumber Manusia Lepasan Sekolah (MPSMLS).

Program ini pada awalnya merupakan salah satu ‘pilot project’ dibawah Majlis Pembangunan Sumber Manusia Lepasan Sekolah dan diadakan di kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Sekretariat Tetap, Majlis Pembangunan Sumber Manusia Lepasan Sekolah telah mengambil inisiatif ini, bersama beberapa institusi latihan dan pendidikan IPTA/IPTS/IPS di Sarawak dalam membantu pelajar lepasan sekolah dalam mewujudkan Program HPLP ini yang bertujuan: 

  • Untuk mengesan, menarik minat dan mendekati pelajar-pelajar lepasan PMR, SPM dan STPM yang tidak mampu atau tidak layak untuk mengikuti pengajian akademik di mana-mana IPTA/IPTS agar mengikuti program latihan teknikal, kemahiran dan vokasional;
  • Untuk menyebarkan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang sedia ada di Negeri Sarawak; dan
  • Untuk memberi kesedaran tentang penggalakan sains dan teknologi (S&T) bagi mengurangkan jurang digital dan faedah menceburi bidang sains dan teknologi dalam pendidikan, kerjaya dan sosial- kemasyarakatan.

Penerimaan dan sambutan kepada program ini amat mengalakkan di mana golongan sasarnya yang kebanyakannya adalah golongan lepasan sekolah yang memiliki dan sedang menunggu keputusan PMR/SPM/STPM.Hingga ke hari ini Program HPLP telah dijadikan sebagai satu "complement" dan aktiviti tetap kepada Modul Khidmat Komuniti dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem-kem PLKN di Negeri Sarawak.

Program HPLP ini telah banyak membantu pelajar lepasan sekolah yang tercicir dalam alam pendidikan formal dan sedang bekerja pada usia muda dengan memberi peluang kedua kepada mereka yang berminat atau cenderung dalam bidang teknikal, kemahiran dan vokasional bagi mengikuti mana-mana program latihan yang diwujudkan oleh institusi latihan di Sarawak.

Selain di Kem PLKN, program HPLP juga telah diadakan di beberapa daerah kecil di Sarawak, bagi mendekati masyarakat yang masih kurang memahami akan kepentingan sistem pendidikan tinggi dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat dan sosio ekonomi sekitarnya.


Unit Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti
Jabatan Ketua Menteri
Tingkat 12, Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak, Malaysia



6082 - 492 452
6082 - 492 456



6082 - 313 650